Copyright © Saye Lutfi Ho Ho Ho
Design by Dzignine
Monday 21 April 2014

Menanda Kertas Ujian (Ini BUKAN Tips Menjawab Soalan)

Assalamualaikum WBT dan Good Morning!

entry kali ni ntah tiba-tiba je kenapa tah datang hangin rasa nak tulis. he he.

tajuk post aku ni adalah "menanda kertas". so kertas ape yang nak ditanda nih? kertas undi ke? hoho

MENANDA KERTAS UJIAN PELAJAR

Sejak sekolah tadika lagi kot kita kat Malaysia ni telah disajikan dengan pelbagai ujian dan peperiksaan.. UPSR, PMR, SPM, MUET you name it.

Alhamdulillah takdir dan rezeki diberi Allah, dapat juga aku jadi pensyarah (cita-cita tercapai syukurr~ mata ke atas tangan ke bahu. huhu). Sebagai pendidik, menanda kertas-kertas jawapan pelajar adalah tugas yang sangat-sangat mengujakan. ya lah, dari situ barulah kita dapat tahu masuk ke tidak apa yang diajar selama satu semester pada pelajar2.. ke masuk asap ke masa ni lah baru tahu ye

BUKAN KERJA MUDAH! rupa-rupanya~ hehe..

masa aku jadi student dulu, harini ujian, esok paginya terus sibuk tanye cikgu "cikgu, dah tanda blom? markah berape markah?", lepastu mase rehat terserempak cikgu tu tanye lagi "cikgu, dah tanda blom? markah berape markah?" sampai cikgu nampak aku pun dia ngelak2 sembunyik belakang pokok (takde lah ni aku tambah. haha..)


Contoh Skrip Jawapan Pelajar 
(tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia)

skrg baru lah tahu kerja menanda kertas ni bukanlah kerja mudah.

banyak perkara nak diambil kira.

JUJUR! IKHLAS! AMANAH! FATHONAH! dan semua sifat2 yang baik2lah perlulah ada pada insan yang bergelar penanda kertas.

sifat yang paling diperlukan semasa menanda kertas, pada pendapat akulah, ialah SABAR~

masa menanda ni lah macam-macam zikir akan keluar dari para penanda kertas, paling popular aku rasa ialah "astaghfirullahaladzimmm"

cikgu ajar lain, murid jawab lain kann. biasalah tu

paling menarik adalah apabila seseorang pelajar itu "blank", tak tau lah blank sebab nervous ke ataupun memang blank otaknya tak sempat belajar ke. wallahualam.. huhu.. apapun, disinilah kita akan dapat lihat neuron2 para pelajar akan bergerak aktif dan akhirnya akan turunlah ilham2 dari langit.. hasilnya para penanda akan jumpa formula baru, teori baru, fakta baru dan segalanya yang baru yang tidak terdapat dalam skema jawapan.

namun, tidak kurang juga ada para penanda yang mengucapkan "alhamdulillah"semasa menyemak skrip jawapan

syukurr~ bayangkan betapa seronoknya seseorang pendidik itu apabila pelajar2nya dapat menjawab soalan dengan betul.. menitis-nitis air matanya semasa menanda dengan gembira (taklah ni aku tambah aje. he he)

akhir kata,selamat menanda kepada semua para pendidik. anda terbaik!