Copyright © Saye Lutfi Ho Ho Ho
Design by Dzignine
Monday, 21 April 2014

Menanda Kertas Ujian (Ini BUKAN Tips Menjawab Soalan)

Assalamualaikum WBT dan Good Morning!

entry kali ni ntah tiba-tiba je kenapa tah datang hangin rasa nak tulis. he he.

tajuk post aku ni adalah "menanda kertas". so kertas ape yang nak ditanda nih? kertas undi ke? hoho

MENANDA KERTAS UJIAN PELAJAR

Sejak sekolah tadika lagi kot kita kat Malaysia ni telah disajikan dengan pelbagai ujian dan peperiksaan.. UPSR, PMR, SPM, MUET you name it.

Alhamdulillah takdir dan rezeki diberi Allah, dapat juga aku jadi pensyarah (cita-cita tercapai syukurr~ mata ke atas tangan ke bahu. huhu). Sebagai pendidik, menanda kertas-kertas jawapan pelajar adalah tugas yang sangat-sangat mengujakan. ya lah, dari situ barulah kita dapat tahu masuk ke tidak apa yang diajar selama satu semester pada pelajar2.. ke masuk asap ke masa ni lah baru tahu ye

BUKAN KERJA MUDAH! rupa-rupanya~ hehe..

masa aku jadi student dulu, harini ujian, esok paginya terus sibuk tanye cikgu "cikgu, dah tanda blom? markah berape markah?", lepastu mase rehat terserempak cikgu tu tanye lagi "cikgu, dah tanda blom? markah berape markah?" sampai cikgu nampak aku pun dia ngelak2 sembunyik belakang pokok (takde lah ni aku tambah. haha..)


Contoh Skrip Jawapan Pelajar 
(tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia)

skrg baru lah tahu kerja menanda kertas ni bukanlah kerja mudah.

banyak perkara nak diambil kira.

JUJUR! IKHLAS! AMANAH! FATHONAH! dan semua sifat2 yang baik2lah perlulah ada pada insan yang bergelar penanda kertas.

sifat yang paling diperlukan semasa menanda kertas, pada pendapat akulah, ialah SABAR~

masa menanda ni lah macam-macam zikir akan keluar dari para penanda kertas, paling popular aku rasa ialah "astaghfirullahaladzimmm"

cikgu ajar lain, murid jawab lain kann. biasalah tu

paling menarik adalah apabila seseorang pelajar itu "blank", tak tau lah blank sebab nervous ke ataupun memang blank otaknya tak sempat belajar ke. wallahualam.. huhu.. apapun, disinilah kita akan dapat lihat neuron2 para pelajar akan bergerak aktif dan akhirnya akan turunlah ilham2 dari langit.. hasilnya para penanda akan jumpa formula baru, teori baru, fakta baru dan segalanya yang baru yang tidak terdapat dalam skema jawapan.

namun, tidak kurang juga ada para penanda yang mengucapkan "alhamdulillah"semasa menyemak skrip jawapan

syukurr~ bayangkan betapa seronoknya seseorang pendidik itu apabila pelajar2nya dapat menjawab soalan dengan betul.. menitis-nitis air matanya semasa menanda dengan gembira (taklah ni aku tambah aje. he he)

akhir kata,selamat menanda kepada semua para pendidik. anda terbaik!



Wednesday, 16 April 2014

Mukah First Ever Shopping Mall


mesti ada orang yang tak faham betapa bermaknanya aku punya entri kali ini kepada orang-orang Mukah dan disekitarnya

"shopping mall baru buka pun nak kecoh"

"ala, shopping mall baru je pun"

kalau ade nada-nada yang mcm kat atas tu, sile betulkan sikit. bukan shopping mall baru ye saudara saudari, tapi THE first ever shopping mall in Mukah. huhu

memang kat Mukah ni sebenarnya dah cukup lah serba serbi barang-barang asas, buah-buahan, barang-barang baby, jajan, chipsmore, kfc (kfc? hoho), tudung, baju, kain kayan etc

tapi semua barang-barang tu ada di kedai-kedai runcit yang separate2.. maksudnya kalau kau nak beli pet pet, kat kedai Chai Wang ade, kalau kau nak beli kasut hitam kerja kat Glory pasar lama ada, kalau kau nak beli buah-buahan kene beli kat pasar lama dan etc etc.. you get my point lah kan. he he.

kalau kat Mukah ni, pasaraya Glory lah paling heaven sekali oii.. dua tingkat kedainye. semua ada kat situ. ala2 Giant cuma skala dia dalam 10x ganda lebih kecil. huhu.. itupun kami dah bersyukurr alhamdulillah.

Kini, dengan pembukaan Medan Mall Mukah, kami tak perlu lagi ke Sibu untuk lebih pilihan. Yahooo.. Syukur~ He he

Gambar-gambar kredit to my friend, Johari Kusai. hi hi

Tuesday, 15 April 2014

Audio in Blog






Resepi Chakoi Bujang

adakah in chakoi? sememangnya bukan, bukan?

yaa.. ini adalah kerana saya hanyalah try testing cuba2 kejayaan sahaja

inshaaAllah akan datang saya akan masukkan entry yang betul tentang chakoi bujang yang saya buat. hoho

stay tune

sekian terima kasih

Tutorial Blogspot.com

Pada hari ini, saya telah mengikuti kursus dalaman yang dianjurkan di Politeknik Mukah Sarawak

Kursus ini terbuka kepada semua staf politeknik Mukah tidak kira staf akademik atau staf sokongan

Sambutan yang hangat diterima untuk kursus ini

Doakan semoga kami berjaya